Skip links

Founder Qi welness center

Master Umar

Pengasas QI WELLNESS CENTER

01

Bio

Master

Umar Paranorms

Master Umar, seorang penggiat di dalam bidang perubatan alternatif, telah meniti perjalanan ilmiahnya sejak usia muda. Kecintaannya pada ilmu kerohanian dan perubatan alternatif mula bersinar sejak usia remaja lagi.

Setelah menamatkan pendidikan menengah rendah pada tahun 2002, beliau merantau jauh ke Kalimantan untuk mencari guru yang berpengalaman dalam perubatan alternatif. Setahun kemudian, kembali ke Sabah dan menyelesaikan pendidikan formal sehingga peringkat STPM.

Semangatnya untuk mengejar ilmu perubatan alternatif membawa beliau terus belajar sehingga ke tahap Master. Pada tahun 2004, beliau memulakan praktik rawatan terhadap klien-klien dengan penuh dedikasi.

Pada tahun 2006, Master Umar mewujudkan Qalam Ilahi Wellness Center, yang kini dikenali sebagai Qi Wellness Center. Antara tahun 2007 hingga 2019, beliau mengajar kelas-kelas bimbingan rawatan alternatif kepada pelajar-pelajar dari seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei, Amerika Syarikat, dan United Kingdom.

Pada tahun 2020, beliau menghasilkan seni tembaga Tensor Ring dengan jenama Borneo Tensor yang mana telah memberi manfaat kepada pengguna dari seluruh dunia.

Pada tahun 2022, Qi Center membuka cawangan pertamanya di Putrajaya, Kuala Lumpur. Master Umar juga telah menulis 14 buah buku yang tersedia dalam bentuk buku fizikal dan e-book, yang telah terjual ribuan naskah. Buku-bukunya merangkumi topik pembinaan diri dan perubatan alternatif.

Selain dari bidang perubatan alternatif, beliau merupakan pengasas syarikat start-up dalam industri bambu dan aktif memberikan sesi konsultasi serta bimbingan perniagaan kepada klien-kliennya. Beliau adalah individu yang berpengalaman dalam bidang perubatan alternatif dan mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang inovasi dan perniagaan.

This website uses cookies to improve your web experience.